Wednesday, June 9, 2021

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

PENGENALAN





Pembinaan peradaban yang berindentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan negara mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah mewujud beberapa "Bangsa Idaman" yang menguasai wacana politik di Malaysia.





SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA



SEJARAH DI ALAM MELAYU




1. PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU


Peradaban melayu dikatakan beerasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan Melayu. Mereka bertutur dalam keluarga bahasa Melayu-Indonesia. Ciri seterusnya daripada tamadun melayu, mereka beragama islam. Bahasa melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan. Kesimpulannya, penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam keluarga bahasa melayu, berkomunikasi dalam bahasa melayu menjadikan bahasa melayu sebagai lingua franca mereka.







2.PERADABAN ASIA(INDIA, CINA , TIMUR TENGAH)


Perkembangan peradaban di Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di Malaysia. Kedatangan masyarakat India, Cina dan pedagang Arab di Timur Tengah telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pelbagai agama telah diwujudkan. Kepelbagaian merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara Malaysia namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat diutuhkan setiap masa.








3. PERADABAN BARAT


Peradaban barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khusunya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat colonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini,tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di alam Melayu ini.










4.PERADABAN GLOBALISASI


Globalisasi menurut dalam Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Ia juga merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang merentasi benua dan sempadan negara. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan-perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, Whatapps dan lain-lain.









KONSEP NEGARA DAN BANGSA


KONSEP NEGARA 


Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran diiktiraf oleh negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarnageraan yang sah menurut undang-undang. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.




KONSEP BANGSA


Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik,bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Bagi memastikan dan mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhi ciri-ciri negara dan bangsa, ia perlu memnuhi ciri-ciri negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa ialah:

i) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku pemisahan atau diskriminasi antara satu kum dengan kaum yang lain.

ii) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbolkeutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.

iii) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik. 

iv) Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.





Justeru, pemodenan dan pembangunan di Malaysia telah berjaya menghakis sentimen lama yang sering dikaitkan dengan etnik dan agama. Ia diperkukuhkan lagi dengan acuan tadbir urus kerajaan Malaysia yang berjaya mengurus isu perkauman dan agama dalam bentuk pentadbiran negara hingga perbezaan yang wujud diurus dengan baik dan dinikmati bersama oleh masyarakat pelbagai budaya di negara ini. Matlamat akhirnya ialah untuk memastikan masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat diurus dengan baik dalam proses kerangka negara dan bangsa Malaysia. Pemahaman dan penghayatan prinsip Rukun Negara akan membantu dalam merealisasikan kesinabungan dan kemakmuran hidup dalam negara yang amai damai dan sejahtera. Untuk sekain lamanya, kerajaan dan rakyat Malaysia mengidamkan perpaduan. Inilah yang dinamakan sebagain "bangsa idaman" iaitu sebuah harapan, sebuah idaman, malah sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum di Malaysia yang menjadi satu bangsa satu negara. Namun idea "bangsa idaman" sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia ( Shamsul Amri Baharuddin, 2011)























No comments:

Post a Comment

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

PENGENALAN Pembinaan peradaban yang berindentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usa...