Wednesday, June 9, 2021

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

PENGENALAN





Pembinaan peradaban yang berindentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan negara mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah mewujud beberapa "Bangsa Idaman" yang menguasai wacana politik di Malaysia.





SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA



SEJARAH DI ALAM MELAYU




1. PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU


Peradaban melayu dikatakan beerasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan Melayu. Mereka bertutur dalam keluarga bahasa Melayu-Indonesia. Ciri seterusnya daripada tamadun melayu, mereka beragama islam. Bahasa melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan. Kesimpulannya, penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam keluarga bahasa melayu, berkomunikasi dalam bahasa melayu menjadikan bahasa melayu sebagai lingua franca mereka.







2.PERADABAN ASIA(INDIA, CINA , TIMUR TENGAH)


Perkembangan peradaban di Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di Malaysia. Kedatangan masyarakat India, Cina dan pedagang Arab di Timur Tengah telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pelbagai agama telah diwujudkan. Kepelbagaian merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara Malaysia namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat diutuhkan setiap masa.








3. PERADABAN BARAT


Peradaban barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khusunya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat colonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini,tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di alam Melayu ini.










4.PERADABAN GLOBALISASI


Globalisasi menurut dalam Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Ia juga merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang merentasi benua dan sempadan negara. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan-perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, Whatapps dan lain-lain.









KONSEP NEGARA DAN BANGSA


KONSEP NEGARA 


Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran diiktiraf oleh negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarnageraan yang sah menurut undang-undang. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.




KONSEP BANGSA


Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik,bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Bagi memastikan dan mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhi ciri-ciri negara dan bangsa, ia perlu memnuhi ciri-ciri negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa ialah:

i) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku pemisahan atau diskriminasi antara satu kum dengan kaum yang lain.

ii) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbolkeutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.

iii) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik. 

iv) Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.





Justeru, pemodenan dan pembangunan di Malaysia telah berjaya menghakis sentimen lama yang sering dikaitkan dengan etnik dan agama. Ia diperkukuhkan lagi dengan acuan tadbir urus kerajaan Malaysia yang berjaya mengurus isu perkauman dan agama dalam bentuk pentadbiran negara hingga perbezaan yang wujud diurus dengan baik dan dinikmati bersama oleh masyarakat pelbagai budaya di negara ini. Matlamat akhirnya ialah untuk memastikan masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat diurus dengan baik dalam proses kerangka negara dan bangsa Malaysia. Pemahaman dan penghayatan prinsip Rukun Negara akan membantu dalam merealisasikan kesinabungan dan kemakmuran hidup dalam negara yang amai damai dan sejahtera. Untuk sekain lamanya, kerajaan dan rakyat Malaysia mengidamkan perpaduan. Inilah yang dinamakan sebagain "bangsa idaman" iaitu sebuah harapan, sebuah idaman, malah sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum di Malaysia yang menjadi satu bangsa satu negara. Namun idea "bangsa idaman" sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia ( Shamsul Amri Baharuddin, 2011)























Thursday, April 29, 2021

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

 PENGENALAN

            Teknologi ialah suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya dari semasa ke semasa. Seterusnya maklumat bermaksud data yang tersusun dan komunikasi ialah proses saling menghantar dan menerima maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain. TMK merupakan suatu alat perkongsian maklumat yang berpotensi untuk mempertingkatkan kualiti formal ataupun tidak formal. Ianya melangkaui batas umur, etnik, gender sama ada lelaki atau perempuan, orang kurang upaya, muda atau tua, bangsa tanpa ada sempadan.

            Kemajuan teknologi maklumat dan teknologi dan komunikasi (TMK) berkembang dengan begitu cepat. Perkembangan kemajuan TMK ini sangat memberi kemudahan kepada manusia. Namun begitu terdapat juga kesan negatif kepada pengguna. Hal ini bergantung kepada pengguna untuk menggunakan TMK sama ada untuk urusan yang boleh memberi manfaat atau memberi mudarat. TMK memainkan peranan yang penting dalam revolusi industri 4.0, dengan memperkenalkan pelbagai media seperti saluran maklumat melalui media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Semua alat ini boleh menjadi medium utama dalam mengukuhkan kesepaduan nasional.


IMPAK PENGGLOBALAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERTANIAN

i. Dapat memberi keuntungan yang memaksimumkan dan meningkatkan produktiviti serta pengeluaran  pertanian mampan.

ii. Dapat meningkatkan dan menggalakkan operasi komersil berskala besar sama ada dalam bentuk  sistem perdagangan berkelompok atau estet.

iii. Dapat keuntungan yang optimum oleh sebab pengurangan penggunaan tenaga buruh dan penjimatan kos operasi.

iv. Meningkatkan pendapatan petani.

IMPAK PENGGLOBALAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PEMBINAAN

i. Pemaju boleh melengkapkkan projek dalam tempoh yang lebih singkat.

ii. Dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja dengan penggunaan pembinaan yang lebih baik melalui jentera, peralatan, bahan dan pra perancangan projek terperinci.

iii. Dapat menjimatkan masa pembinaan dan penghasilan kualiti kerja yang baik.

iv. Menjimatkan kos dengan menggurangkan penggunaan tenaga buruh.

IMPAK PENGGLOBALAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG MAKANAN

i. Penggunaan jentera berteknologi dalam kerja penanaman membolehkan peningkatan dalam pengeluaran pertanian seperti dalam tanaman padi, sayur-sayuran, kelapa sawit dan sebagainya.

ii. Industri makanan yang dapat dihasilkan dalam kualiti yang banyak pada masa yang singkat.

iii. Penggunaan jentera berteknologi dapat membuka kawasan baru untuk ladang pertanian dengan mudah dan cepat.

IMPAK PENGGLOBALAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG EKONOMI

i. Meningkatan produktiviti pembuatan.

ii. Meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara.

iii. Menguatkan kapasiti inovasi.

IMPAK POSITIF PENGGLOBALAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN

i. Perhubungan lebih mudah terutamanya jarak yang jauh

ii. Maklumat dapat dicapai dengan lebih cepat walaupun jarak yang jauh.

iii. Boleh saling kenal mengenali dengan individu lain sama ada yang kenali atau tidak dengan menggunakan rangkaian atas talian.

IMPAK NEGATIF PENGGLOBALAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG KOMUNIKASI  DAN HUBUNGAN

i. Mudah tersebar berita palsu dan fitnah yang boleh merosakkan hubungan silaturrahim.

ii. Pembaziran masa kerana terlalu lama dalam laman sosial sehingga lalai dengan tanggungjawab yang lain.

iii. Boleh mendatangkan ketagihan media sosial sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.


SEJARAH EVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

            Istilah teknologi maklumat muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan  sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga biadng-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersial yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchy untuk Biro Banci America Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI)


KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI 

            Manusia telah berinteraksi dengan alat ataupun teknologi sejak zaman purbakala lagi. Dunia masa kini menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber teknologi moden. Pelbagai bentuk inovasi dan ciptaan berteknologi tinggi dihasilkan sehingga memberi impak kepada kepesatan pembangunan teknologi canggih yang membawa dunia ke alaf baru. Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah memberi kesan yang amat besar dan mengubahkan landskap kehidupan manusia sejagat tanpa mengira peringkat usia. Manusia dengan teknologi tidak boleh  dipisahkan kerana banyak manfaat yang diperolehi melalui teknologi, termasuk bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

            Dengan kehadiran teknologi moden sekarang, manusia dapat menjalankan tugas dengan lebih cepat, mudah dan murah. Sehubungan itu, manusai perlu bijak menggunakan teknologi yang ada untuk tujuan kebaikan dan kemaslahatan serta kesejahteraan manusia. Teknologi adalah sebagai alat untuk mencapai kemodenan dan kemajuan sesebuah tamadun. Manusia adalah sebagai pengawal atau pengguna kepada teknologi . Oleh itu, jika teknologi dapat diguna dan diuruskan dengan baik dan betul maka hasil matlamat yang ditetapkan akan berjaya. Sekiranya, teknologi disalahgunakan maka akan matlamat tidak tercapai dan membawa kerosakan kepada manusia.


KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) KEPADA MANUSIA

i. Mudah mendapatkan maklumat

ii. Memudahkan komunikasi

iii. Mempercepatkan urusan

iv. Mudah dan cepat mengetahui perkembangan semasa

v. Peniaga dapat meluaskan pasaran perniagaan


ETIKA DAN PERADABAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)

            Isu penyalahgunaan internet sangat membimbangkan pada masa sekarang. Ramai yang menjadikan istilah 'dunia tanpa sempadan' sebagai tempat untuk membuat kerosakan dan kemudharatan kepada orang lain. Oleh itu, pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh halaman web mana-mana Jabatan, organisasi atau negara secara tidak sah. Di samping, pengguna dilarang memasuki, menyalin, plagiat, mencetak dan menyebarkan maklumat daripada internet yang menyalahi undang-undang negara. Para pengguna TMK perlu mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Di antara peraturan dan perundangan yang terpakai kepada pengguna ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; Akta Rahsia Rasmi 1972; Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tatasusila Profesion Perguruan, Malayisa; Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan sebagainya.

Kesalahan :

i. Menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

ii. Berkongsi kenyataan yang meyentuh isu-isu sensitif politik, agama, kaum dan idividu terutama kepada isu yang boleh mengancam keselamatan negara.

iii. Melayan komunikasi dengan pihak yang agresif dan kasar; melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh membawa kepada jenayah sosial dan seksual.

iv. Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen sulit/dokumen terhad kerajaan kepada pihak umum.

v. Melibatkan diri dengan perniagaan bahan-bahan yang berisiko buruk atau berbahaya.


TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK) SEBAGAI PLATFOM PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL

            Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berperanan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan masyarakat. Media cetak, media elektronik atau media digital serta media dalam talian banyak menyumbang dan memberi kesan positif dalam menjaga hubungan dan perpaduan masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan dunia teknologi maya seperti whatsapp, instagram, twitter, facebook, telegram dan sebagainya. Teknologi maya ini telah menjadikan salah satu keperluan masyarakat pada hari ini. Mereka dapat berinteraksi dalam internet walaupun berada jauh. Perkembangan teknologi maya ini dapat mengeratkan hubungan terutama mereka yang berada di luar negara. Mereka dapat bertanya khabar melalui jaringan sosial yang cepat, murah dan mudah.

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

PENGENALAN Pembinaan peradaban yang berindentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usa...